Wednesday, July 1, 2009

SEKITAR KEJOHANAN BOLA JARING ASIA KE-7, Bukit Kiara

Sepanjang kejohanan kami sempat berkunjung ke Bukit Kiara untuk menyaksikan perlawanan ini terutama yang melibatkan pasukan tuan rumah Malaysia. Kami menyaksikan Malaysia bertemu Sri Lanka dan Malaysia bertemu Singapura. Keputusan yang dapat dirakamkan bagi team negara...

Malaysia vs India (78-15)
Malaysia vs Sri Lanka (52-72)
Malaysia vs Pakistan (89-6)
Malaysia vs Hong Kong (52-26)
Malaysia vs Singapura (39-51)

Malaysia vs Thailand (61-41)

Malaysia vs Sri Lanka (52-72)
  • Game ni agak menarik, Malaysia kira power jugak... tapi malangnya advantage bagi Sri Lanka kerana mempuyai GS yang mempunyai ketinggian luar biasa berbanding dengan pemain-pemain lain.
  • Malaysia dapat menguasai permainan diawal perlawanan
  • Kesudahannya, Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan pada hari tu.
Malaysia vs Singapura (39-51)
  • Game ni keseluruhannya memang ramai yang tak berpuas hati
  • Berlaku kejar mengejar... masing-masing mencari kelebihan mata
  • Apa yang berlaku, dari pemerhatian kami ialah:-
  1. Kelemahan pasukan Malaysia pada malam itu ialah pada GS. Dengar kata yang mengenalinya, beliau seorang yang bagus dan cekap "sharp shooter" la kan. Malang nya pada malam tu dia tak menjadi dan bola akan berpihak pada lawan setibanya di kawasan D. Tak confident nak shoot. Tak tau lah apa kena ngan budak tu.
  2. Pemain-pemain di pihak lawan agak agresif dan mempunyai cara permainan yang agak kasar menyebabkan beberapa pemain kita mengalami kecederaan.
  3. Cara pengadilan yang agak berat sebelah memihak kepada pihak lawan, menimbulkan rasa tidak puas hati para penonton yang hadir. Tak tau di mana 3ft... Gerak kaki yang agak ketara, tapi wisel tak bunyi... "body contact" yang dilakukan pihak lawan, Team kita dipersalahkan... apppppaaaaa niiii???!!!! kata Professional??!!
Tu lah dia ulasan dari kami setakat ni... semoga ianya sama-sama menjadi pengajaran kepada peminat-peminat dan pemain-pemain bola jaring. Pada ref2 yang ada kat Malaysia ni, tak kira lah dari cikgu sekolah atau pun yang dah pro... toloooooong lah mertabatkan sukan Bola Jaring ni memandangkan ianya semakin diminati oleh rakyat Malaysia tak kira laki atau pompuan. Sekian tima kasih!!!

No comments: