Monday, November 17, 2008

Karnival Sukan UKM-Bangi 2008, 15-16 Nov 2008

Setelah sekian lama menyepikan diri kerana berpuasa dan beraya... kami memulakan langkah pertama dengan menyertai pertandingan bolajaring di Karnival Sukan UKM 2008 di Bangi. Alhamdulillah dengan berkat dan usaha kami telah mendapat tempat ke-3 dari 8 pasukan yang bertanding.

Kalau tak ada 2 team yang teratas tu (Legend & UMW) dah tentu tentunya pasukan kita lah yang jadi juara. Jaguh kampung lah katakan... Terima kasih pada pemain2 kita..Nana, Ku Miza, Ku Lina, Niza, Hani, Yan, Lily & Peah, yang bekerja keras untuk memenangi pertandingan. Pasal ref tak yah lah nak cite..macam biasa lah mesti ada yang tak puas hati punya.. Tapi cam mana ref sekali pun kita tetap main bersih.. supaya duit yang dapat pun bersih dan berkat. Hadiah berupa wang tunai RM250 + hamper + minuman dari PEMANIS.

HARI INI DALAM SEJARAH!!! UMW tewas ditangan Legend (12-10)..gempak gilerrr.. memang puas lah! rugi sapa yang tak tengok.. Inilah gambar yang dapat dirakamkan pada hari tu...

Lepak-lepak sebelum game bermula

Budak ni kalau tak jatuh tak sah! Nak nak kalau padang basah..dia suka sangat...

Sesi Warming up sambil bergelak ketawa.. tak pernah serius..

Jurugambar tetap Legend team.

Posing tetap posing..

Jangan takut..gambar ORI ada dalam simpanan..hehe

NAH PEAH! TANGKAP!!..dapat puuunnn...

Team Legend

one2WIN vs SUNWAY Team

one2WIN vs SUNWAY Team

one2WIN vs UMW Team

one2WIN vs USIM A Team

one2WIN vs USIM A Team

LEGEND vs UMW Team

LEGEND vs UMW Team

LEGEND vs UMW Team :: Score 12-10

Sunday, September 7, 2008

Kejohanan Bola Jaring Anjuran Pelajar2 UITM, 31hb Ogos 2008

Last Minute case... Puan Manager dipanggil melalui sms, tepat pukul 12.00am pada 31 Ogos 2008. Cari Player, katanya nak 2 orang bahagian tengah. sms bebudak tak de sapa yang jawab.. maklum lah semua dah dok sedap berdengkur. sms aku pun tak de org nak layan.

Aku ingat dah tak jadi rupanya... semangat pula si Nana.. dia kata boleh on..aku on je larr..lily pun sama. Apa lagi berangkat lah kami ke UITM Shah Alam...jam 9.15am..
Dalam perlawanan ni tak pasal2 puan manager pun kena main sama... Adoi! dah lerr dah bertaun tak main.. belasah je larr... habbis sakit satu badan.. dah ler esok nak puasa... adoi..lemau..lemau.

Tapi tak pe berbaloi gak larr.. team kami dapat Juara. Apa nama team pun aku tak ingat.. Sweet Honey ke ..Honey Girls.. cam tu lah bunyi nyerr kalau tak silap. Dapat lah rantai Emas utk raya ngan T-Shirt Engeenering.. Ok lar.. jadik larr..







Saturday, August 23, 2008

3on3 anjuran DBKL Cawangan Titiwangsa di Taman Tasik Sri Rampai, 23hb Ogos 2008

Hari ni one2WIN anta 2 team. one2WIN A (Roxa, Lily, Piyah & Dayah) dan one2WIN B (Sue, Wan, Mizah dan Puan pengurus sendiri). Ada 8 kumpulan yang dipertandingkan. Semarak team ada 3 team, Taman Melati (k.Misah punya team) pun ada.. Star girls.. Air panas. one2WIN B dapat tempat pertama & one2WIN A tempat ke-2. Team Taman Melati tempat ke-3 dan Semarak B tempat ke-4. Nana jadi ref. Aku selaku puan pengurus.. ambil tugas sambilan..jadi urusetia. Tukang catit jadual perlawanan... Ok larr tu.. REF hari ni balas dendam tu.... sabar ya Nana..jangan buat selalu... tak baik tau!!! hahahah...

Thanks to Nana anyway... sebab dah bagi peluang keemasan ni... Terima Kasssseeeeiiiiii!!!! Dan untuk semua pemain2 jangan lupa kita main lagi untuk 1 team... one2WIN!!! termasuk Nana..

Kejohanan Parlimen Titiwangsa di Kg Pandan 17 Ogos 2008

one2WIN kalah di peringkat kalah mati. Frust jugak larr.. tapi nak buat camana tak de rezeki..lagi pun semalam kita orang dah menang. Tu yang ari ni kalah tu..bagi can kat orang lain lak menang. Ni lah muka2 baru yang di tampilkan dalam one2WIN team.

Piyah & Dayah... adik2 manja dari Sri Melaka...

Ni bebudak yang tak habih2 nak posing. Kat belakang pun sebuk gak...

Yang baju itam tu..gaya macam mat rock, tapi sebuk nak jadi ustazah rock.
Ni anak aku cakap macam Zoela..alllaaa dalam cerita sinderella tu larr...

Puan pengurus pun nak enter-frame jugak.. ya ampuuuunnnn....
dah kembang macam terlebih marjerin la pulak dikkkk...

Wednesday, August 20, 2008

Kejohanan Bola Jaring Piala FiGOS 16hb Ogos 2008

Game kali ni ingat ke bagus jugak..maklum le import 1 team tu.. ori team one2WIN ada 2 orang je, 3 sekali ngan pengurus. Yang selebihnye budak2 MSM..katanya dari Maybank. Game hari ni kelam kabut jugak larr..tah kenapa semuanya macam tak menjadi... tapi nasib baik dapat team yang agak2 boleh dijadikan makanan untuk hari tu... kalu idak..tak tau larr..

Kami dapat tempat ke-4 dalam kejuaraan ni dan menggunakan nama MSM... (Tahniah! tahniah!) Tapi hadiahnyerr ciput je... cash semata2. Pas tu ade lerr sikit saguhati sumbangan AVON... tau tak dapat apa??? LIPSTIC... yang merah menyaleee... Mak Ngah pun malu nak pakai. Tak de ke saguhati lain. Minyak urut ke.. apa ke... Goodie bag?? Adeeee.. tau tak apa isinyerrr?? Majalah. sorang sebuah. Untuk pengurus tak de.. Pas tu dapat voucher sebab daftar awal. Dapat lah sorang RM150 dari Tint Master. Ni pun tak de bahagian untuk pengurus... Teruk jugak kejuaraan ni rasa macam tersiksa gak arr..almaklum lerr sampai ke malam. Tak pernah dibuat orang.

Mula2 masuk kena jumpa budak 2 orang ni dulu...
Sheryn & Dyan (dua2 Lawyer nih..jangan main2)



Banner sponsor yang paling panjang untuk tahun ni...
Duit banyak abis kat sini larr..

Barisan pemain2 mengenakan uniform baru untuk pertandingan kali ni...
hijau ko..kelllaaass gitu.. aku suka..

Barisan Pemain2 berbaris sebelum pertandingan Quater final


Dalam ramai2 ni pemain one2win lah yang paling menyerlah.. yang paling besar(Nana)
& yang paling kecik(lily).. Puan pengurus tak kira sebab tak de dalam gambar...hehe

Barisan artis2 yang menyertai pertandingan saringan yang bertemu media..
Eja, Olynn & Roxa. Ani Mayuni tak de..dia ada tugas lain.. jangan marah haaa...

Hadiah tempat pertama untuk artis & media jatuh kepada MACP...
Roxa & Lin Mat Rock - wakil artis

Pengurus one2WIN/MSM enter-frame

Senyuuuuummmm...."CLICK"

Mari lah bergambar beramai2 dengan wang kemenangan kita...
yaaaa.. ini lah dia pemenang2 tempat ke-4



Sunday, August 10, 2008

Kejohanan Bola Jaring Merdeka 2008, 9hb & 10hb Julai 2008

Muahahahaha..siapa sangka???!! Kita dapat top 8 rupanya!!!
Seawal pertandingan kita telah di kalahkan oleh team yang boleh dikatakan agak cokia jugak lah... yang mana amat memalukan dan semuanya tak berpuas hati. Almaklumlah kesilapan bermula dari referee yang dihormati. Team referee takut kalah, so very the buyers larr apa lagi. Aku ingat ref tu dah boleh bersara kot... tah2 dia dah nyanyok..mana lah tau..

Tapi kedukaan tu dah bertukar jadi kegembiraan buat kami apabila diberitahu oleh urusetia yang team kami mendapat tempat ke-8 dan ale luit lagi... apa lagi.. seronoknya tok sah cite arr.. main 3 game je terus dapat no 8. Tak yah berpenat lelah macam team yang lain2 tu...

Memang tahun ni nasib kita baik larr.. suke.. tengok ler gegambar menarik org2 yang kecewa dan.... gembira..


Antara pemain2 handalan one2WIN. Yang sorang yang baju hijau kat belakang tu teringin nak join. Maklum lerr member dah sign contract ngan DBKL. Tak boleh lah nak tunjuk teror dalam team kita lagi..Tapi kalau DBKL tak anta team, jangan lupa balik ngan kita orang ya...

Amboi gelak sampai tak hengat tu.... tau le aku nak amik gambo ko...
kok ya pun jangan lah bagi ku gelak samee..

ADOOOOIII penatnyerrr.. Puan Manager baru lepah toreh Getah!

Haaa..cam ni larr baru sonang kerjo den nak tangkap korang. Cuba dok diam2 sikit.

Eh! eh! apa yang ko malu sangat tu ku Lina?

Puan Manager bengang ngan Ref yang tak tau nak buat kerja ref... "Elleh, berlagak! Maccam Baguih!"

Yang ni memang pantang dapat Kamera..sebuk nak enter-frame. Tak pe lah kasi can.

Ni apa hal lak ni..macam nak jual "barang je"... Ha Alia, jangan lupa pulang balik bib akak tu.. Jangan nak simpan buat harta lak.. gadai tak laku tu... baik ko pulang balik.

Steady Nana..

Eh tak kan jalan jerrr... Lari larr sikit

Zoela, pemain baru... yang baru2 nak belajar main ngan kita orang.

Amboi meriahnyerrr abang si Pe'ah ni..mentang2 le di jemput menari di pentas..lengok sakan...


Perlawanan Penentuan tempat ke-3 dan ke-4

Perlawanan Penentuan tempat Pertama dan kedua. (Juara bertahan UMW)