Sunday, July 27, 2008

3 on 3 Kampung Pandan (Zon Seputeh, Bukit Bintang & Cyberjaya)-26 Julai 2008

Nak jugak cuba.. tak cuba tak tahu... Kami anta 1 team je. Guna nama One Team. Alhamdulillah dapat tempat ke-2. Jadik lah.. Dapat le RM150. Hehe... kira ok lar tu..

Pada 27 Julai (Ahad) tu ada gak, tapi tak dapat nak join sebab dah tutup.. frust jugak tapi tak pe lah.. Kami ada pergi jugak hari tu.. Legend hantar 3 team.. semua menang dan tempat ke-4 dapat kat budak2 Proteen A. Boleh larr..

Sunday, July 20, 2008

MBPJ Open, 19hb & 20hb Julai 2008

Dalam game ni sebenarnya banyak peristiwa yang tak diingini di antara pemain2 lama one2WIN dan pemain2 jemputan. Keadaan yang diluar jangkaan, di mana sharp shooter kami tak dibenarkan bermain di dalam game ni oleh pemain jemputan. Bengang jugak lar kan.. Aku rasa macam nak pecah pikirkan hal ni... nak jawab soalan2 cepumas lagi... adoi..letih...Tapi tak pe kami masih di sini.. untuk meneruskan perjuangan yang belum tamat ni..

Dalam perlawanan semalam kami antara team "TOP SIX" Kira ok larr.. compare team lain yang ada state player. Kami terdiri dari pemain2 estate. Dalam kejuaraan ni kami bertemu team MBPJ A, KESUMA (dari Melaka), UKM dan UMW. Kami cuma menang 1 game je dengan Kesuma.. yang lain kalah. Tapi nasib kami baik sebab Group kami cuma 3 team je. Jadi kami boleh pergi ke next stage. Kat sini pun 3 team gak..tapi semua power2..

Group X : UMW, UKM & one2WIN >> Group Y : MBPJ A, PKNP (Pahang) & DBKL Juara X : UMW >> Juara Y : MBPJ A >> JUARA KESELURUHAN : UMW


Antara Pemain2 one2WIN yang menyertai pertandingan.


Maya (Sharp Shooter one2WIN ) yang akan meninggalkan gelanggang bola jaring untuk seketika kerana menjalankan tugas di Johor Bharu. Kami tetap akan bersamanya selagi one2WIN ada. Terima Kasih Maya... selamat bertugas di tempat baru. Hari minggu jangan lupa turun KL... kalau ada game leh join lagi... heheh.

one2WIN vs MBPJ A (1st Game)

one2WIN vs UMW (3rd Game)

nampak tak nana (GS) kita orang, dok marah siapa tu??

Jangan Pandang Belakang ya... BZ buat business..

Jangan kacau!! Dok bagi motivasi ni...

Budak2 yang sama ngikut.....

MBPJ vs UMW :: Nak rebut tempat pertama & Ke dua

Team Lelaki (FINAL) LEGEND vs ROYALE B

Tuesday, July 1, 2008

NPNG Open, 29hb Jun 2008

RAMAI YANG TERTIPU!!!

Mmmmm... aku dengar game NPNG hari ni dibatalkan. Nasib baik le aku tak gi sana...kalau tak habbis!! Balik tangan kosong. Dengar ceritanya orang yang in-charge this game dah cabut dan melarikan duit deposit. Eh eh.. teruknyeeerrr... Kenapa leh jadi cam tu. Kalau tak minat nak in-charge, bagi tau larr awal2. Jangan ambik kesempatan... Jangan buat dosa diiikkk...tak baik. Nanti ko tak de kawan, hidup sorang2 mana seronok...Baik ko dok dalam hutan.. kawan ngan berok... sekurang-kurangnye tak de orang nak sakit hati ngan ko...