Monday, March 30, 2009

Bola Jaring Kelab Kilat Terbuka TNB, 28 Mac & 29 Mac 2009

JUARA : MBPJ
NAIB JUARA : KELAB KILAT TNB
KE-3 : PUTRA RIA
KE-4 : one2WIN
KE-5 : SPA

Dengan penuh kontraversi dan tak puas hati kerana berlaku penipuan dan penjualan murah-murahan oleh jaguh2 profesional, menyebabkan kami terpaksa redha dengan kemenangan di tempat ke 4.

Pemain2 yang sedang menunggu giliran untuk bertanding! Yang depan tu ada skandal ke??


Game one2WIN vs MAS, memang dinantikan oleh semua orang.. sebab main ngan minah2 skirt. Tengok lah aksi menarik ni.. ada nampak ke???

Amboiiiii luasnya kangkang...

"Tolooonglah bagi bola tu baliiiikkk... tu I punya... pleaaaasssseeee...."

Ramai peminat depan tu.... bagi support masa nak shoot, sampai Add tu main betul2 lah!

Wan! aku ingat ko lagi besau... Uper nyer yang depan ko tu lagi besau worr...

Sempat lagi dia posing...

Suka lah si Len tu, GK dah rapat cam tu...



Birthday si botak...


Scandal U...

Orang tu nak jadi model, itulah dok posing sakan...

Sunday, March 22, 2009

Bola Jaring Sukan Komuniti Tun Razak, 21 Mac 2009

Pertandingan Bola Jaring Komuniti Tun Razak telah diadakan di gelanggang HUKM dan di sertai oleh 7 pasukan, termasuk UMW, HUKM, Proteen, Raya Permai, Red Diva dan one2WIN. One2WIN telah mendapat tempat ke-2 selepas UMW. Hadiah lum dapat lagi.. RM400 tu. Katanya pada 29hb nanti baru dapat... sampai hari ni lum dapat dan di tunda ke tarikh lain. :(

Monday, March 16, 2009

Bola Jaring Terbuka KL di Dataran Merdeka, 14 & 15 Mac 2009

Pada hari pertama: Padang Lecak lepas Hujan... sebelah Petang pun Hujan lebat sehingga game terpaksa di tunda ke esok hari.

Camni lah keadaan padang sebelum game bermula di awal pagi...boleh berenang..


Pada Hari ke 2: OK lar panas terik, tapi masa nak bagi hadiah Hujan dah mula turun... jadi sempat lah main ujan kejap. Semua selesai jam 6.30 petang.

Kejohanan terbuka KL memang digeruni oleh kebanyakan pasukan bola jaring yang berada di sekitar selangor dan KL. Sebab selalunya team yang masuk semuanya bagus2. Jadi kali ni ada 24 team wanita dan di pecahkan kepada 4 Kumpulan. 1 Kumpulan ada 6 team yang bertanding. one2WIN di dalam kumpulan A, bersama team yang dikira bagus jugak MBPJ & Proteen. Kejuaraan berbentuk LIGA.

Dalam kejohanan one2WIN adalah Naib Juara Kumpulan A dan bertemu dengan Juara Kumpulan C iaitu Royale dan perlawanan ini adalah berbentuk Kalah mati yang mana one2WIN telah menewaskan team Royale.

one2WIN menempatkan diri di tempat yang agak selesa iaitu tempat ke-4 selepas ditewaskan oleh team UMW (top team di KL selain Legend dan Putra Ria) dan bertemu pula dengan team UM yang baru pertama kali menghantar team pada kejohanan. one2WIN tewas teruk di tangan UM oleh kerana REF boleh dikatakan BUYERS... hampeh betul ref!!! Kami terpaksa akur dengan berada di tempat ke-4 dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM800.. tolak pendaftaran RM100 & bahagi 10 orang.. dapat le sorang sikit.. aku yang jadi pengurus ni dapat jugaklah penatnyerrr..

Tempat PERTAMA :: UMW, ke-2 :: MBPJ, Ke-3 :: UM dan ke-4 one2WIN










Yang sorang tu... bayar 5hinggit makan sampai duo tuh! tak héngat2 tu...
Majlis meja panjang _mesyuarat tergempar yg tak berapa gempar...

Stress lambat dapat makanan..laki dah marah sbb lambat balik..



Maya menghayati hidangan tengahari... sedapnyerrr..

3on3 di Taman Tasik Permaisuri, 7hb Mac 2009

Kita telah menghantar sebanyak 5 team. PINKY, FANCY, MARVELOUS, PERINTIS dan COMEL. Masing-masing boleh tahan, kuat la jugak. Pinky tempat pertama (RM300), Marvelous tempat ke-3 (RM100) & peintis ke-4 (RM100). Tempat ke-2 dimenangi oleh Proteen yang berjaya menewaskan Fancy kerana tersalah susun player. Tak pe lain kali kita cuba lagi.

3on3 di Padang WIrawati, Kg Pandan, 28hb Feb 2009

one2WIN mengahantar 2 team untuk kejohanan ini. one2WIN berjaya meraih tempat Pertama & ke-2 dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM300 & RM200. Ke-3 & Ke-4 adalah CNT senior & CNT Junior yang merupakan anak didik dan ex player one2WIN. Masing2 menerima wang tunai RM100.