Monday, February 23, 2009

Bola Jaring Terbuka Hari Wilayah Putrajaya , 22 Feb 2009











Kejohanan melibatkan 31 pasukan dan merupakan perlawanan kalah mati sampai sudah! Alhamdulillah one2WIN telah mendapat tempat ke-4 dan membawa pulang wang tunai RM300 beserta Medal. Bagaimanapun ada sedikit kesilapan dari segi pengiraan score di peringkat kalah mati terakhir sebelum final game. Di mana pasukan (Manja) yang dikalahkan oleh one2WIN diumumkan sebagai pemenang untuk keperingkat akhir dengan bilangan mata 5-7, sedangkan mata yang ditanda oleh pengurus2 pasukan masing2 ialah 7-6 dan pihak lawan jugak mengakui kekalahan mereka. Syukurlah kemenangan akhirnya memihak kepada one2WIN. Jadi kami meneruskan perjuangan bagi kumpulan B di peringkat akhir dan terpaksa akur dengan kekalahan bila berjumpa dengan pasukan Putra Ria dengan mata 6-12. Kumpulan A Pasukan Legend menjadi juara menewaskan pasukan budak2 sekolah.

Sebagai Naib Juara Kumpulan B, one2WIN berjumpa dengan pasukan Naib Juara A di mana kami tewas tipis (10-13) setelah berlaku kejar mengejar mata sehingga masa tamat. Begitu juga penentuan juara dan naib juara antara Legend dan Putra Ria. Mata akhir adalah 10-13 di mana Putra Ria mendahului Pasukan Legend.















Friday, February 20, 2009

Bola Jaring Anjuran Belia 4B Bdr Tun Razak, 15 Feb 2009

Pertandingan bola jaring Anjuran Belia 4B Bandar Tun Razak, one2WIN telah dinobatkan sebagai NAIB JUARA selepas ditewaskan oleh Pasukan Putra Ria dengan mata 9-19 dan membawa pulang wng tunai sebanyak RM300 serta kepenatan. Tapi kita tak kisah..asalkan kita orang menang. Kira ok lar dengan pemain2 estate yang ada takkan setanding dengan pemain-pemain state yang dipunyai oleh pasukan lawan.

Aksi-aksi menarik dan panas terik membuatkan badan lemau dan berpanau!!! hahahahah..

Nana yang over confident... maklum le baru mula..

Tutup lengan takut gelap ke...

Nana yang sentiasa bersemangat waja

WAH! dahaga betul nih! Niqmat betul lah dapat air!

Pieeeeeeecccceeeeee.........

Banyak betul bijih aku nih! rasa macam nak jatuh nih!

Saaallll... nape ghisau nii?? kedut je abang tengok?

Minah glamour...

Kau ni Ly.. memang rakus! Jilat jangan tak jilat...

Bergambar sebelum final..



Bergambar sebelum final.. one2WIN vs Putra Ria

Mak dara gedik...


Aksi menarik dari Along dan Sue..


Try je Nana...



Aksi penyelamat Putra Ria..

Nana sebelum dapat Parkinson's..




Gesel jangan tak gesel!..

Aksi si Jelita Ponds..

Serious sikit..

Sue tak larat nak lari..tukar posisi ngan Along




Aku..biasa larr, bab terima duit ni kenalah bagi aku dulu....

Wan dengan tuala, sampai stokin pun dia ingat tuala..