Monday, July 13, 2009

Bola Jaring Anjuran UMNO Bandar Tun Razak, SABTU-27 Jun 2009

Game 3-on-3, anjuran UMNO bandar Tun Razak - Telah diadakan di Padang Terbuka Perumahan Polis Desa Tasik. Amat mengecewakan dan memalukan. Selalunya kejohanan terbuka bolajaring akan disediakan hadiah wang tunai dan yang tidak kurang dari RM300. Terutamanya bila main 3-on-3.

Memang depa kata hadiah tak confirm lagi, tapi aku ternampak kertas senarai hadiah tu besaou la jugak... sebab tu kami masuk... sampai makan riban larr... Tapi mana pergi duit tu ek??? mmmmm... ni buat aku confuse nih...

Kami menghantar 3 pasukan dan ketiga-tiga pasukan mendapat tempat. Pertama, ke-3 & ke-4. Apa yang terkedunya... memang dapat hadiah wang tunai dan hanya wang tunai semata-mata dan tidak diiringi dengan mana-mana hadiah lain... Nak Tau berapa????!!!!  

RM80.00 (Juara),
RM50.00 (Naib Juara)
RM30.00 (no.3 & no.4)!!!
Gillerrr..

Nasib baik aku tak de heart attack! kalau tidak tak tau lah apa nak jadi.

Aku dah termalu dengan player2 semua.. tak tau mana nak sorok muka aku ni ha... Kepada semua pemain yang terlibat harap maaf atas segala kesilapan yang terjadi. Semuanya di luar jangkaan. Hampeh betul!!!

Wednesday, July 1, 2009

SEKITAR KEJOHANAN BOLA JARING ASIA KE-7, Bukit Kiara

Sepanjang kejohanan kami sempat berkunjung ke Bukit Kiara untuk menyaksikan perlawanan ini terutama yang melibatkan pasukan tuan rumah Malaysia. Kami menyaksikan Malaysia bertemu Sri Lanka dan Malaysia bertemu Singapura. Keputusan yang dapat dirakamkan bagi team negara...

Malaysia vs India (78-15)
Malaysia vs Sri Lanka (52-72)
Malaysia vs Pakistan (89-6)
Malaysia vs Hong Kong (52-26)
Malaysia vs Singapura (39-51)

Malaysia vs Thailand (61-41)

Malaysia vs Sri Lanka (52-72)
  • Game ni agak menarik, Malaysia kira power jugak... tapi malangnya advantage bagi Sri Lanka kerana mempuyai GS yang mempunyai ketinggian luar biasa berbanding dengan pemain-pemain lain.
  • Malaysia dapat menguasai permainan diawal perlawanan
  • Kesudahannya, Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan pada hari tu.
Malaysia vs Singapura (39-51)
  • Game ni keseluruhannya memang ramai yang tak berpuas hati
  • Berlaku kejar mengejar... masing-masing mencari kelebihan mata
  • Apa yang berlaku, dari pemerhatian kami ialah:-
  1. Kelemahan pasukan Malaysia pada malam itu ialah pada GS. Dengar kata yang mengenalinya, beliau seorang yang bagus dan cekap "sharp shooter" la kan. Malang nya pada malam tu dia tak menjadi dan bola akan berpihak pada lawan setibanya di kawasan D. Tak confident nak shoot. Tak tau lah apa kena ngan budak tu.
  2. Pemain-pemain di pihak lawan agak agresif dan mempunyai cara permainan yang agak kasar menyebabkan beberapa pemain kita mengalami kecederaan.
  3. Cara pengadilan yang agak berat sebelah memihak kepada pihak lawan, menimbulkan rasa tidak puas hati para penonton yang hadir. Tak tau di mana 3ft... Gerak kaki yang agak ketara, tapi wisel tak bunyi... "body contact" yang dilakukan pihak lawan, Team kita dipersalahkan... apppppaaaaa niiii???!!!! kata Professional??!!
Tu lah dia ulasan dari kami setakat ni... semoga ianya sama-sama menjadi pengajaran kepada peminat-peminat dan pemain-pemain bola jaring. Pada ref2 yang ada kat Malaysia ni, tak kira lah dari cikgu sekolah atau pun yang dah pro... toloooooong lah mertabatkan sukan Bola Jaring ni memandangkan ianya semakin diminati oleh rakyat Malaysia tak kira laki atau pompuan. Sekian tima kasih!!!

Karnival Sukan Perpaduan Rakan Muda Cheras serdang, 27 Jun 2009

KAMILAH JUARA!!!
Heheheeheheheh... Beraksi di Padang Taman Desa Baiduri Awam, mewakili Cheras Perdanadan dengan berbekalkan seorang ref sahaja... Ini antara pemain2 pada hari tu... tapi sorang dah missing... sue... Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Team yang dapat ke Final : Cheras Perdana vs POLIS

Nana, Miza, Baiduri, Zoly
Pn. Manager(Atie), Lily, Wan, Ku Lina dan Adik...

Berlatar belakangkan bangunan berupa robot