Monday, June 15, 2009

Bola Jaring Komuniti Wangsa Maju, AHAD-7 Jun 2009

Game ni orang mintak kita hantar team, jadi dengan rela hati team ni telah dihantar oleh salah seorang pemain, walau pun dengan ketiadaan mak bonda dan assitant. Ni pun dengarnya main 6 orang jugak sebab salah seorang pemain dah tercedera sehinggakan terpaksa bercuti selama 6 bulan atas nasihat doktor... sabar je lah maya ya.. mungkin lepas tu leh main lagi..

Team one2WIN telah menjadi juara dengan menggunakan nama "HUNTER". Terima ksaih kepada semua adik2 yang sanggup bermain walaupun dengan ketiadaan mak bonda.. MA KASSSAY!!!!

KERANA BISKUT!!!

...kerana biskut kami saje suka2 masuk game anjuran perpaduan. Pada mula2 penyertaan kami diberi makluman bahawa hadiah berupa barangan dan tiada wang tunai. Oleh kerana minat nak bersukan, kami pun masuk lah game ni. Kami tekejut jugak sebab Putra Ria pun ada. Setiap team pulak dikehendaki menyediakan pemain yang terdiri dari pelbagai kaum.

Jadi kami telah menerjah seorang sprinter DBKL. Member tak tau main bola jaring. Tapi oleh kerana nak main jugak terpaksa lah angkut siapa2 yg lalu di situ. Nasib baik ada antara pemain kenal dengan sorang chinese girl. Kata nya perna main ngan team bank. So kami dengan rela hati ajak this girl join us. Nasib baik member boleh main, kalau tak patah sayap sebelah. sebab every game yang sorang ni mesti ada untuk 1st half. 2nd Half baru boleh tukar... Thanks to SUE

Kami pun lawan le dengan meriahnyer... sampai bertemu dengan team Putra Ria. Tapi kami tewas sikit jerrr.. So dapat ler NAIB JUARA. Hadiah berupa barangan rupanya bertukar menjadi $$$$$$...... muahahahhahah.. siapa sangka, biskut jadi duit! Berkat kengkawan yang tak memilih apa jenis hadiah, akhirnya berhasil... Terima kasih kepada semua pemain2 yang bekerja keras untuk menang.

Bola Jaring Anjuran Perpaduan, AHAD - 31 Mei 2009

Sunday, June 14, 2009

Bola Jaring Komuniti Dusun Tua, Sabtu-30 Mei 2009

Game kontraversi.. macam ssial jerr. Dah le tak ramai player... ikutkan memang tak nak masuk, tapi sebab dah buat pembayaran dulu jadi terpaksa lah kami pergi menempah malu di situ.

Ada plak team yang tak puas hati termasuk lah penganjur... dengan muka tebal kami bermain dengan 6 orang pemain. Oleh kerana penganjur masih tak berpuas hati kerana kemenangan kami untuk 2 perlawanan liga pertama, kalau boleh sedaya upaya nak menyingkirkan penyertaan kami. Jadi bermulalah strategi baru...

Jeng! Jeng! Jeng!... bola tak pernah memihak pada kami, kesalahan yg team lain buat, adalah kesalahan kami, ref pun bukan milik kami.. so apa lagi.. terpaksalah berhenti di situ jerr....

Apa yang meriahnyerr.. kita orang pergi berkelah di Sungai Tekala masa rehat tengahari. Kita pergi cari "Etak" dan makan2.

Sebuk bergossip sambil makan dan minum

Ni lah pencari "ETAK"

Bola Jaring Komuniti Lembah Pantai, Ahad-19 April 2009

Game ni berlangsung di Komplek Sukan DBKL di Briekfield.. betul ke aku eja nih.. lantak lah.. janji korang boleh baca. Kat sini kita dapek no.3... jadik larr.. Ni sekadar catatan jer jadik tak yah lah nak citer panjang.. gambar pun tak ambik..heheh...sorry..

Bola Jaring Parlimen Bukit Bintang, Sabtu-11 April 2009

Perlawanan ni kira ok, main di Komplek Sukan Kg. Pandan, tapi kita orang kalah di peringkat kalah mati. Ikutkan malas nak citer...sebabnyer alasan biasa, ref yang ala2 ni kan... dah la main dalam hujan, dapat plak ref yg cam gitu, lagi lah hampeh! Tak kisah lah.