Saturday, October 10, 2009
MAYA DALAM SPITAL!!!
Untuk pengetahuan kengkawan... beginilah keadaan kawan kita Maya yang mengalami kecederaan yang agak serius ketika menyertai kejohanan bola jaring komuniti Wangsa Maju. Dimasukkan semula ke Hospital dalam puasa hari tu... just a few days before raya...
Sunday, August 9, 2009
Bola Jaring Piala Cik Hajah Norminshah Sabirin Kali Ke-4, 9hb Ogos 2009
KAMI JUARA!!!

Akhirnya one2WIN berjaya merangkul gelaran Juara - menerima hadiah RM1000 berserta Sijil dan Piala Pusingan. Terima kasih kepada semua pemain2 yang terlibat dalam game ni (Zoly, Baiduri, Lenz, Along, Deb, Dila, Ayong, Wina, Nana dan adik).
Ada 16 pasukan terlibat - Top team yang kami terpaksa bersaing ialah MPAJ, UITM dan Bankers. UITM & Bankers tewas di peringkat kalah mati. Kami berjaya menewaskan team MPAJ 12-5 di Peringkat Liga dan bertarung lagi di Final dengan keputusan 4-3... Jangan Marah haaaa... :D GREAT GAMES!!!

Kepada semua pemain, harap maaf kerana gambar tidak dapat dirakamkan pada hari tersebut sebab camera dah out of battery. Sama-samalah kita tunggu gambar2 kenangan dalam NST/Metro... tu pun kalau ada... hehehe...
Thanks for everything but don't forget about me as your Team Manager for the day... Kwang! Kwang! Kwang!
Inilah dia rupa Sijilnya...

Monday, July 13, 2009
Bola Jaring Anjuran UMNO Bandar Tun Razak, SABTU-27 Jun 2009
Game 3-on-3, anjuran UMNO bandar Tun Razak - Telah diadakan di Padang Terbuka Perumahan Polis Desa Tasik. Amat mengecewakan dan memalukan. Selalunya kejohanan terbuka bolajaring akan disediakan hadiah wang tunai dan yang tidak kurang dari RM300. Terutamanya bila main 3-on-3.
Memang depa kata hadiah tak confirm lagi, tapi aku ternampak kertas senarai hadiah tu besaou la jugak... sebab tu kami masuk... sampai makan riban larr... Tapi mana pergi duit tu ek??? mmmmm... ni buat aku confuse nih...
Kami menghantar 3 pasukan dan ketiga-tiga pasukan mendapat tempat. Pertama, ke-3 & ke-4. Apa yang terkedunya... memang dapat hadiah wang tunai dan hanya wang tunai semata-mata dan tidak diiringi dengan mana-mana hadiah lain... Nak Tau berapa????!!!!
RM80.00 (Juara),
RM50.00 (Naib Juara)
RM30.00 (no.3 & no.4)!!!
Gillerrr..
Nasib baik aku tak de heart attack! kalau tidak tak tau lah apa nak jadi.
Aku dah termalu dengan player2 semua.. tak tau mana nak sorok muka aku ni ha... Kepada semua pemain yang terlibat harap maaf atas segala kesilapan yang terjadi. Semuanya di luar jangkaan. Hampeh betul!!!
Wednesday, July 1, 2009
SEKITAR KEJOHANAN BOLA JARING ASIA KE-7, Bukit Kiara
Sepanjang kejohanan kami sempat berkunjung ke Bukit Kiara untuk menyaksikan perlawanan ini terutama yang melibatkan pasukan tuan rumah Malaysia. Kami menyaksikan Malaysia bertemu Sri Lanka dan Malaysia bertemu Singapura. Keputusan yang dapat dirakamkan bagi team negara...
Malaysia vs India (78-15)
Malaysia vs Sri Lanka (52-72)
Malaysia vs Pakistan (89-6)
Malaysia vs Hong Kong (52-26)
Malaysia vs Singapura (39-51)
Malaysia vs Thailand (61-41)
Malaysia vs Sri Lanka (52-72)
Malaysia vs India (78-15)
Malaysia vs Sri Lanka (52-72)
Malaysia vs Pakistan (89-6)
Malaysia vs Hong Kong (52-26)
Malaysia vs Singapura (39-51)
Malaysia vs Thailand (61-41)
Malaysia vs Sri Lanka (52-72)
- Game ni agak menarik, Malaysia kira power jugak... tapi malangnya advantage bagi Sri Lanka kerana mempuyai GS yang mempunyai ketinggian luar biasa berbanding dengan pemain-pemain lain.
- Malaysia dapat menguasai permainan diawal perlawanan
- Kesudahannya, Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan pada hari tu.
- Game ni keseluruhannya memang ramai yang tak berpuas hati
- Berlaku kejar mengejar... masing-masing mencari kelebihan mata
- Apa yang berlaku, dari pemerhatian kami ialah:-
- Kelemahan pasukan Malaysia pada malam itu ialah pada GS. Dengar kata yang mengenalinya, beliau seorang yang bagus dan cekap "sharp shooter" la kan. Malang nya pada malam tu dia tak menjadi dan bola akan berpihak pada lawan setibanya di kawasan D. Tak confident nak shoot. Tak tau lah apa kena ngan budak tu.
- Pemain-pemain di pihak lawan agak agresif dan mempunyai cara permainan yang agak kasar menyebabkan beberapa pemain kita mengalami kecederaan.
- Cara pengadilan yang agak berat sebelah memihak kepada pihak lawan, menimbulkan rasa tidak puas hati para penonton yang hadir. Tak tau di mana 3ft... Gerak kaki yang agak ketara, tapi wisel tak bunyi... "body contact" yang dilakukan pihak lawan, Team kita dipersalahkan... apppppaaaaa niiii???!!!! kata Professional??!!
Karnival Sukan Perpaduan Rakan Muda Cheras serdang, 27 Jun 2009
Monday, June 15, 2009
Bola Jaring Komuniti Wangsa Maju, AHAD-7 Jun 2009
Game ni orang mintak kita hantar team, jadi dengan rela hati team ni telah dihantar oleh salah seorang pemain, walau pun dengan ketiadaan mak bonda dan assitant. Ni pun dengarnya main 6 orang jugak sebab salah seorang pemain dah tercedera sehinggakan terpaksa bercuti selama 6 bulan atas nasihat doktor... sabar je lah maya ya.. mungkin lepas tu leh main lagi..
Team one2WIN telah menjadi juara dengan menggunakan nama "HUNTER". Terima ksaih kepada semua adik2 yang sanggup bermain walaupun dengan ketiadaan mak bonda.. MA KASSSAY!!!!
Team one2WIN telah menjadi juara dengan menggunakan nama "HUNTER". Terima ksaih kepada semua adik2 yang sanggup bermain walaupun dengan ketiadaan mak bonda.. MA KASSSAY!!!!
KERANA BISKUT!!!
...kerana biskut kami saje suka2 masuk game anjuran perpaduan. Pada mula2 penyertaan kami diberi makluman bahawa hadiah berupa barangan dan tiada wang tunai. Oleh kerana minat nak bersukan, kami pun masuk lah game ni. Kami tekejut jugak sebab Putra Ria pun ada. Setiap team pulak dikehendaki menyediakan pemain yang terdiri dari pelbagai kaum.
Jadi kami telah menerjah seorang sprinter DBKL. Member tak tau main bola jaring. Tapi oleh kerana nak main jugak terpaksa lah angkut siapa2 yg lalu di situ. Nasib baik ada antara pemain kenal dengan sorang chinese girl. Kata nya perna main ngan team bank. So kami dengan rela hati ajak this girl join us. Nasib baik member boleh main, kalau tak patah sayap sebelah. sebab every game yang sorang ni mesti ada untuk 1st half. 2nd Half baru boleh tukar... Thanks to SUE
Kami pun lawan le dengan meriahnyer... sampai bertemu dengan team Putra Ria. Tapi kami tewas sikit jerrr.. So dapat ler NAIB JUARA. Hadiah berupa barangan rupanya bertukar menjadi $$$$$$...... muahahahhahah.. siapa sangka, biskut jadi duit! Berkat kengkawan yang tak memilih apa jenis hadiah, akhirnya berhasil... Terima kasih kepada semua pemain2 yang bekerja keras untuk menang.
Bola Jaring Anjuran Perpaduan, AHAD - 31 Mei 2009

Subscribe to:
Posts (Atom)