Pada hari pertama: Padang Lecak lepas Hujan... sebelah Petang pun Hujan lebat sehingga game terpaksa di tunda ke esok hari.
Camni lah keadaan padang sebelum game bermula di awal pagi...boleh berenang..
Pada Hari ke 2: OK lar panas terik, tapi masa nak bagi hadiah Hujan dah mula turun... jadi sempat lah main ujan kejap. Semua selesai jam 6.30 petang.
Kejohanan terbuka KL memang digeruni oleh kebanyakan pasukan bola jaring yang berada di sekitar selangor dan KL. Sebab selalunya team yang masuk semuanya bagus2. Jadi kali ni ada 24 team wanita dan di pecahkan kepada 4 Kumpulan. 1 Kumpulan ada 6 team yang bertanding. one2WIN di dalam kumpulan A, bersama team yang dikira bagus jugak MBPJ & Proteen. Kejuaraan berbentuk LIGA.
Dalam kejohanan one2WIN adalah Naib Juara Kumpulan A dan bertemu dengan Juara Kumpulan C iaitu Royale dan perlawanan ini adalah berbentuk Kalah mati yang mana one2WIN telah menewaskan team Royale.
one2WIN menempatkan diri di tempat yang agak selesa iaitu tempat ke-4 selepas ditewaskan oleh team UMW (top team di KL selain Legend dan Putra Ria) dan bertemu pula dengan team UM yang baru pertama kali menghantar team pada kejohanan. one2WIN tewas teruk di tangan UM oleh kerana REF boleh dikatakan BUYERS... hampeh betul ref!!! Kami terpaksa akur dengan berada di tempat ke-4 dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM800.. tolak pendaftaran RM100 & bahagi 10 orang.. dapat le sorang sikit.. aku yang jadi pengurus ni dapat jugaklah penatnyerrr..
Tempat PERTAMA :: UMW, ke-2 :: MBPJ, Ke-3 :: UM dan ke-4 one2WIN


Yang sorang tu... bayar 5hinggit makan sampai duo tuh! tak héngat2 tu...
Majlis meja panjang _mesyuarat tergempar yg tak berapa gempar...
Stress lambat dapat makanan..laki dah marah sbb lambat balik..


Maya menghayati hidangan tengahari... sedapnyerrr..